Wednesday, December 7, 2011

Manusia zaman kini...

✿ Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI..
❤ Bila jadi baik, ORANG MELUAT..

✿ Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..
❤ Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

✿ Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..
❤ Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..

✿ Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS..
❤ Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..

✿ Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'..
❤ Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..

✿ Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
❤ Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."..

✿ Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"..
❤ Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

✿~ Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini

~♥» Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..

Friday, November 18, 2011

keikhlasan lelaki

Kecantikan kamu
diketepikan…keikhlasan
kamu diutamakan... Apabila
timbul orang ketiga, dia akan
hilang akal dan sanggup
berbuat apa saja untuk
merebut kembali kekasihnya.

si dia akan sentiasa
menghantar sms..wlpan x
diblas..ini tnda si dia sentiasa
memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air
mata demi kekasihnya..
Bukan semua lelaki sanggup
menitiskan air mata hanya
untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu
melihat seorang lelaki yang
sanggup menitiskan air mata
demi kamu. Itu
membuktikan cintanya
begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati
kamu dikala gundah...
Sentiasa bersungguh
melakukan sesuatu untuk
kamu.. .Jangan kamu anggap
teman lelakimu seorang
yang kuat membebel
Sekiranya setiap masa dia
cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud
mengingati. Jika sudah
sayang, macam-macam akan
kamu fikirkan termasuklah
bimbang akan kehilanganya.

Begitu juga jika teman
lelakimu menyatakan dia
selalu memikir dan risaukan
kesudahan hubungan kamu.
Ini bermakna dia selalu
fikirkan mengenai hubungan
kamu dan bagaimana untuk
menyelamatkannya dari
berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat
berasa sensitif dan mudah
marah sekiranya apa yang
diperkatakannya tidak
diambil perhatian, lebih lebih
lagi dari orang yang dia
sayangi. Baginya kamu
bersikap acuh tidak acuh.
Hal ini boleh menimbulkan
perasaan cemburu meluap-
luap, tambahan pula
sekiranya kamu boleh
menjadi pendengar setia
apabila berdampingan
dengan orang lain.
Pasti dia merasakan dirinya
tidak berguna pada kamu..

Lucu tapi hakikatnya
begitulah apabila teman
lelakimu berperangai tidak
ubah seperti anak-anak kecil
semata-mata untuk
mendapat perhatian
daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan
inginkan kekasih hatinya
melayannya lebih daripada
orang lain yang pernah
kamu sayang. Kalau dia
merajuk hati, sesekali
cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan
orang pertama yang datang
membantumu adalah teman
lelakimu. Tandanya dia tidak
mahu melihat kamu susah
dan rasa bertanggungjawab
untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu
sentiasa bertanyakan soalan
yang sama, “you masih
sayang i?”, jangan anggap itu
satu persoalan yang
membosankan. Itu tandanya
si dia tidak mahu kasih
sayang kamu kepadanya
menjadi luntur.
Sebab itulah, kalimah
tersebut sentiasa diulang-
ulang agar kamu tahu
betapa si dia sentiasa mahu
kamu ingat diri kamu sudah
dimiliki olehnya..

Tidak suka
kamu memakai seksi...kerna
tidak suka kamu
diperhatikan lelaki lain wlpn
berlengan pendek...
Dia berusaha mengongkong
kebebasan kekasihnya
kerana perasaan
cemburunya yang meluap-
luap. Dia sentiasa mengawasi
pergerakan kekasihnya
kerana dia sentiasa berasa
curiga.

Dia mudah merasa cemburu
dan sensitif apabila
kekasihnya tidak
menumpukan sepenuh
perhatian kepadanya. Dia
tidak akan melayan
perempuan lain yang tidak
ada urusan penting
dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh
kekasihnya, ia akan berasa
serik dan tidak percaya
dengan cinta perempuan
lain namun dia sentiasa
mengharap kekasihnya
kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar
malam…tanda ingin menjaga
pandangan org terhadap
kamu... Dia tidak akan
berlaku curang kepada
kekasihnya namun jikalau dia
dia berbuat demikian itu
bererti hatinya belum 100
peratus mencintai
kekasihnya.
Dia tidak suka ada lelaki lain
mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan
terimalah mereka
seadanya…. Berilah diri kamu
peluang untuk kembali
mencintai seseorang yang
bergelar LELAKI..(^_~)

Monday, November 14, 2011

Sahabatz..

Member aku memang ramai..tapi sahabat aku yang paling rapat ialah apek dan nasrul lah..diorang je ade mase aku susah dan senang..tidur..makan..mandi..tapi mandi kat swiming pool la..xdela nak mandi kat bilek air same2..erm..tapi rumah aku dengan dua ekor ni jaoh..em umah nas umah aku..umah apek pun umah aku..umah aku umah aku la..hikhik...so walaupun kiteorang berlainan pendapat..tapi hati tetap satu..ambik seruan kerajaan la..satu Malaysia...kawan la tempat mengadu...so ingt la kawan2 ku n membe kt lua tu..JANGAN DI SEBABKAN PERBEZAAN PENDAPAT TENTANG PEREMPUAN KITA PUNYE PERSAHABATAN DILUPAKAN MACAM TU JER...AWEK BOLEH CARI..SAHABAT YG RAPAT SUSAH SENANG BERSAME DILUPAKAN MCM TU JE...so appreciate ur friendz k....(^_~)

Wednesday, October 5, 2011

BEZA CINTA SAYANG MINAT DAN SUKA....


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Saturday, October 1, 2011

Selamat Tinggal..........


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Wednesday, June 29, 2011

Tragedi 4 Ramadhan...

Perkara ini berlaku pada malam 5 ramadhan..ketika tu aku mengikuti birthday party kawan aku di rumah membe aku lagi sorang.Lepas aku berbuka n solat maghrib at home,aku pun terus gerak pergi rumah membe aku tu dengan menaiki motor honda E kali 5 yang power tu..mula-mula perasaan da memang rase x sedap hati tapi buat dek je la..kire aku yang paling lambat sampai antara membe ak yang lain,erm kiteorang sambut la birthday party dengan kek..baling belon berisi air...tepung la...makan sikit je,main lebih..bla..bla..bila dah habis..kenyang ape lagi balik la..hah...bermula la isi utama kisah ini.....

Jam di handfone aku waktu tu menunjukkan pukul 10.35 malam..
dah kemas ape yang patut..aku pun nak balik la,di ringkaskan cerite..tengah2 syok2 bawak motor power aku nie nak balik umah...tiba-tiba dalam pejalanan pada waktu malam yang syahdu...aku telah bertembung dengan sebuah kereta dan mengalami kemalangan yang agak teruk bagi aku..dengan aku melekat dekat kereta tu..helmet tercampak ke depan..motor aku pun same..tapi still steady motor aku enjin dia x mati..tahan lasak..macam owner dia..huhu..teruk gak kereta tu..dua-dua pintu tepi dia rosak xboleh bukak..cermin x payah cerite la..dah pecah...aku dengan selamba nye bangun dari lamunan yang terhenti tadi..ingatkan x ade pape la luke dekat aku.,aku pegi chek motor dulu ok ke x..owner kereta tu yang berkopiyah pakai kain pelikat baru balik dari solat terawih pun tanye aku..'adik ok x?..saya ok je x ade pape...pakcik macam mane,ok?sorry pakcik saya memang x perasaan pakcik bagi signal nak masuk lorong nie..dalam keadaan yang samar2 yang hanya di terangi lampu kereta dan lampu jalan 30 meter dari situ pakcik tu bersuare..'eh ko kate ok ape ade darah dekat bawah leher ko nie..,hah??ape lagi gelabah biawak la aku..aku pegang je tempat luke tu penuh darah dekat tangan ak..pakcik tu suruh aku bukak baju nak tengok luka ak teruk x,bile ak bukak je...macam air...darah tu mengalir terus ke bawah badan aku..pergh...ngeri gler..!
disebabkan luka tu dekat2 bawah leher aku xnampak sangat la luke nye besar mane..cuma nampak macam kulit isi aku terjuntai ke bawah...betulkan balik la,aku pun tutup luka aku tu dengan baju aku...pakcik tu pun suruh call parentz aku..tapi ape salahnye hantar aku pegi hospital dulu..dah la darah x berhenti mengalir nie..kaki aku pun ade luke teruk gak nie..tapi xpelah aku call gak gune fone ade insan mane bagi pinjam fone dia...fone aku mase tu kebetulan kredit da expired lak..ramai pakcik2 makcik2 berhenti jenguk2 je aku dekat situ..jadi famous la aku kejap, tengah tunggu parentz aku datang ade pulak makcik 2 orang dari kawasan lorang tu sambil membebel..'budak nie mesti xade lesen..budak2 zaman sekarang nie memang la..''ape lagi aku jawab la..'eh saya ade lesen la makcik..'makcik tu terus diam pusing balik ntah ape dia membebel aku da malas nak degar,da lah tengah risau ni nanti aku nak jawab ape dengan parentz aku nanti..dalam 15 minit gak aku tunggu tepi jalan tu sorang2..pakcik tu pegi balik rumah amik barang ape ntah..parentz aku pun sampai...

Dengan senyuman aku pandang mak aku..dia pun tanya dalam riak muke dia yang risau bercampur sedih..'angah luke dekat mane?terok ke?kan umi dah cakap bawak motor hati2..tengak ape dah jadi..,aku pun agak sebak tapi dengan senyuman aku jawab..'eh angah ok la..luke sikit je..nanti baik la tu ea,jangan risau la..,n pakcik tu dah bagi tau ayah aku da ape terjadi..aku pun dihantar ke hospital...sampai dekat emergency tuh aku diletakan di atas kerusi roda yang first time aku duduk atas kerusi yang ade roda tu..di tolak masuk ke wad kecemasan...di baringkan di atas katil,aku disuruh untuk biarkan luka tu terbukak sebab dia nak cuci..bukak je baju yang aku buat untuk tutup luka dari keluar darah..mengalir riang darah tu dekat atas tilam tu..first dia inject aku anti biotik..pastu kene tunggu pulak nak pegi bilik cuci luka nie...adoi aku dah rase sakit dah nie...huhu..tengah sambil tunggu tu aku pun tengok mane lagi yang luke dekat badan aku..lutut..tangan..kaki teruk..kulit dekat bawah buku lali aku pecah..  ;(

aku pun ditolak keluar dari wad kecemasn untuk pergi ke bilik lain untuk cuci luke nie...
da masuk..medical assistance tu pulak orang sekampung..borak la sambil cuci luka tu,so x la rase sakit sangat..
da settle cuci tu..dia ingat nak jahit luke tu..tapi x berani sebab kulit aku hancur..mungkin sebab terkena serpihan cermin kereta tu..dia pun call la dokter pakar surgeri turun tengok..pastu aku kena tolak lagi pergi X-ray badan aku,takut2 ade patah ke..n then kene tolak pergi wad tadi balik tunggu dokter..dokter pakar tu pun sampai dengan pakai baju macam baju pagoda..hais..dye tengok2..dia suruh pergi x-ray balik ntah ade problem ape ntah..aku kene tolak lagi..nasib baik aku baring atas katil beroda tuh je..
da tuh dokter tu pun try jahit..xboleh gak..separuh kulit aku x ade..dia boleh pergi bukak balik jahitan tu...sakit la der....!!!tuhan saje tahu bertapa nyilu nye dia tarik keluar benang jahitan tu...hukhuk...
lepas tu aku kene rehat dekat wad n aku kene cucuk air dalam badan...sebab tadi da banyak darah keluar....
nasib baik aku tahan,x pengsan mase keluar banyak darah tu..if x aku kene tinggal dekat wad tu sehari..
da dapat keputusan..dokter pakar tu pun bagi tau if luke aku nie x ok dalam mase seminggu aku kene buat pembedahan potong kulit PEHA n tampal dekat luka untuk gantikan balik kulit yang hilang tu..
so dalam mase seminggu aku kene berulang alik ke hospital untuk cuci luka nie,pastu baru pergi jumpa dokter balik untuk buat tindakkan seterusnya....pastu ape lagi balik la...

sampai rumah aku dalam pukul 3.30 pagi...banyak jugak dokter bagi ubat suruh makan..
aku pun tidur la..walaupun agak xselesa sebab aku xboleh banyak gerak...
bangun pagi esok..giler sakit satu badan.!!aku dah x rase badan aku...maybe sebab hentakan semalam...
seksa bro...baring je la aku sehari suntuk..nak pusing kepale pun dah x larat..pagi tu dalam pukul 9 pagi aku kene pergi hospital lagi untuk cuci luka tu..pedih tahap cencorot..!!hari2 aku kene alami tu...huhuhu....
ape jadi seterusnye...???kene bedah ke x....tunggu post seterusnya....